#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }

Archives

ADVERTISMENT

Friday 23 November 2012

Tutorial Untuk Hack WIFI

Posted by Mohd Azlan On 00:06 No comments
  

 

 Tiba-tiba hari nie aku nak kongsikan macam mana nak hack Wifi. Benda nih sebenarnya dah lama aku nak kongsikan tapi macam biasalah malas punya pasal.....kat sini aku bagi korang dua software yang boleh korang gunakan untuk hack Wifi.




Backtrack>>>Software yang susah bagi aku





Software nih aku tak belajar lagi macam mana nak guna...Dulu pernah download sekali tapi pasal masa tuh bebal sikit jadi aku malas nak guna software nih, terus buang jer...hahaha. Sekarang nih aku baru nak download balik...saiz dia lebih kurang 1.91 GB. Memang pening nak gunakan benda nih sebab banyak pakai coding tapi macam biasalah lama-lama nanti pandailah. Kebanyakan hacker selalu gunakan benda nih untuk hacking...hehehe




Beini>>> Software Yang paling Mudah Bagi Aku



            Software Beini nih yang aku selalu gunakan untuk hack Wifi. Tak payah pakai coding macam Backtrack...memang berkesan sebab aku dah berjaya hack  Wifi dengan menggunakan benda nih ( aku cuma berjaya hack WEP sahaja..WPA/WPA2/WPA-PSK aku tak dapat buat atas sebab-sebab  tertentu). Terdapat beberapa kedah yang korang boleh gunakan sama ada "feeding bottle" ataupun Minidwep-gtk. Saiz software nih pulak taklah sebesar backtrack...cuma dalam 47.6 MB jer. 



Tunggu Aku Updated Cara-caranye ok .


Thursday 22 November 2012

Facebook Zed Zaidi Digodam

Posted by Mohd Azlan On 23:36 No comments
zed zaidi
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini semalam, mendakwa laman facebook diceroboh individu tidak dikenali.
Zed mendakwa kumpulan yang menggodam facebook miliknya dikenali ‘Aaronators Crew’ dan dia hanya menyedarinya ketika melayari laman sosial itu jam 6 petang, kelmarin.
Katanya, ia mungkin berkait tindakannya mempertikaikan kemenangan pelakon popular, Aaron Aziz, 36, yang menggondol Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH11), Ahad lalu.
“Saya tidak menuduh sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Namun, saya akan memanjangkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) esok (hari ini),” katanya.
Menurutnya, biarpun diceroboh, kumpulan itu tidak memaparkan kenyataan berbaur ugutan, fitnah dan lucah sebaliknya hanya memberitahu facebook miliknya digodam.
Katanya, selaku Timbalan Presiden Seniman, dia sedar banyak perkara dibangkitkan dalam memperjuangkan hak artis seperti memohon cermin gelap, perlindungan insurans, permohonan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1SMA) dan terbaru mempertikaikan kemenangan Aaron.
“Saya percaya pencerobohan facebook disebabkan rasa tidak puas hati terhadap beberapa usul yang saya cadangkan. Namun, masih ramai ahli Seniman menyokong penuh usaha dijalankan,” katanya.
Ketika disoal sama ada dia ‘gila publisiti’ Zed menjelaskan tidak pernah meminta publisiti murahan, namun kontroversi tercetus apabila dia tampil memperjuangkan hak selebriti.
“Saya bukan bodoh meminta publisiti murahan sebaliknya berjuang memohon hak artis. Apa gunanya jawatan disandang seandainya saya tidak melakukan sesuatu untuk mereka,” katanya.
Berhubung kenapa tidak mempertikaikan kemenangan Aaron sebelum kemenangannya berkata: “Pada 22 Jun 2009, menerusi zedzaidi.blogspot.com.my, saya menulis mengenai lambakan selebriti asing ke negara ini, namun tiada sesiapa memandang.
“Dengan jawatan ini, saya akan terus memperjuangkan hak artis. Seandainya ada yang tidak menyokong apa dibuat, jangan undi saya untuk pemilihan seterusnya,” katanya.
 
 
 
 
Intro:  Gm  Cm  F  Bb  D
Gm     
Ketawa bersama
Cm
Menangis bersama
F
Ku bersumpah harap kita
Bb            D
Mati pun bersama

Gm
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Cm
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
F
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Bb
Aku redha walau tidak ku damba
                              D
Walau hampa semuanya dah dijangka

Gm
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Cm
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
F
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Bb
Segalanya kan berubah
                           D
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Gm
Rahsia ini
Cm
Telah lama ku pendamkan
F
Tiba masanya
Segala-galanya
Bb            D
Ku ceritakan
Gm
Aku kan pergi
           Cm
Pergi ku tak akan kembali
F
Tiba masanya
             Bb         D
Kau cari teman pengganti
(repeated playing Gm Cm F Bb D till the end)

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Repeat (*)

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
 
 
 
Tags : Teman Pengganti Chord  

Site search